Rabu, 21 Januari 2015

Jadual Orentasi tingkatan 1 dan peralihan

Berikut merupakan Jadual Orientasi pelajar tingkatan 1 dan peralihan untuk melawat perpustakaan sekolah di tingkat 3.



Jadual Orientasi Tingkatan 1 dan Peralihan

Borang Permohonan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Kepada semua pelajar yang berminat untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah boleh memuat turun borang permohonan di link Borang Permohonan Menjadi Pengawas PSS.

Borang boleh diserahkan kepada :-

1) Cik Nurul Suraya (Sesi Pagi)
2) Puan Wan Noraini (Sesi Petang)
3) Pengawas PSS di kaunter Perpustakaan

Tarikh akhir penyerahan borang adalah pada 30 Januari 2015.

Sekian Harap Maklum

Tugas Pengawas PSS

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
10. Membantu mempromosikan PSS
11. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
13. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

Selasa, 20 Januari 2015

Blog Perpustakaan SMK Jinjang

Selamat datang ke blog Perpustakaan SMK Jinjang. Blog ini telah ditubuhkan pada 21 Januari 2015 oleh Cikgu Nurul Suraya. Blog ini bertujuan untuk :-

1) memudahkan pelajar SMK Jinjang membuat rujukan berkaitan perpustakaan sekolah
2) pelajar memuat turun atau memuat naik borang yang berkaitan
3) menarik minat pelajar hadir dan sertai aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan sekolah
4) memberi info terkini berkaitan perpustakaan sekolah

Anda boleh merujuk sebarang maklumat berkaitan SMK Jinjang di http://smkjinjang.blogspot.com/2009_05_01_archive.html