Ahad, 8 Mei 2016

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI MAEPS SERDANG

Program: Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh: 7 May 2016
Hari: Sabtu


Beberapa poster ditampal dalam kawasan sekolah bagi memaklumkan semua warga sekolah tentang lokasi baru Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur iaitu di MAEPS Serdang.



Walaupun dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 5, Azizul dan Natasya tetap tidak melepaskan peluang mengikuti guru perpustakaan dan media cikgu Suraya ke MAEPS Serdang dan membeli beberapa buku soalan untuk ulangkaji pelajaran.


Cikgu Suraya membawa 2 orang pelajar ke Pesta Buku Antarabangsa untuk melalui pengalaman berada di pesta buku dan mencari buku-buku berkaitan pembelajaran serta memenuhi jemputan pihak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.


Ramai penulis dan grafik designer karya seni serta artis hadir bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan