Rabu, 21 Januari 2015

Tugas Pengawas PSS

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
10. Membantu mempromosikan PSS
11. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
13. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan