Isnin, 9 Mei 2016

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER TAHUN 2016

Carta di atas menunjukkan jawatankuasa Induk baharu Pusat Sumber SMK Jinjang pada tahun 2016.


Berikutan daripada perpindahan ramai guru, termasuk guru kanan bidang dan Penolong Kanan HEM serta PK Petang, sekolah mempunyai organisasi jawatankuasa Induk yang baru dan selamat bertugas di SMK Jinjang diucapkan kepada Pn Pauline Koh Ler yang merupakan PK HEM baru di SMK Jinjang menggantikan PK HEM lama iaitu Pn Tian Lee Yuan.



Carta di atas menunjukkan Jawatankuasa NILAM baharu Tahun 2016

Ahad, 8 Mei 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA





PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI MAEPS SERDANG

Program: Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh: 7 May 2016
Hari: Sabtu


Beberapa poster ditampal dalam kawasan sekolah bagi memaklumkan semua warga sekolah tentang lokasi baru Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur iaitu di MAEPS Serdang.



Walaupun dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 5, Azizul dan Natasya tetap tidak melepaskan peluang mengikuti guru perpustakaan dan media cikgu Suraya ke MAEPS Serdang dan membeli beberapa buku soalan untuk ulangkaji pelajaran.


Cikgu Suraya membawa 2 orang pelajar ke Pesta Buku Antarabangsa untuk melalui pengalaman berada di pesta buku dan mencari buku-buku berkaitan pembelajaran serta memenuhi jemputan pihak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.


Ramai penulis dan grafik designer karya seni serta artis hadir bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini.

Sabtu, 16 Januari 2016

Oreintasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan


Jadual Orientasi pelajar tingkatan 1 dan Peralihan untuk sesi perkenalan kepada Perpustakaan SMK Jinjang

Pelajar dititikberatkan memberi salam hormat kepada guru



GPM memperkenalkan perpustakaan kepada pelajar baru seperti tempat pinjaman dan pulangan buku iaitu di kaunter Sirkulasi.


GPM memperkenalkan bilik SAL dan kemudahan yang pelajar dapat gunakan dalam bilik SAL seperti penggunaan cromebook dan bahan permainan.


Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS

Semua Ahli Jawatankuasa Kerja PSS dan GPM bermesyuarat.

Agenda:
1) Pembentangan minit mesyuarat lepas
2) GPM membentangkan Takwim PSS 2016
3) GPM menerangkan peraturan PSS




Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS 2016

Ahli Jawatankuasa Induk Pusat Sumber SMK Jinjang 2016




 Agenda:
1) Pengetua membacakan minit mesyuarat lepas
2) GPM memperkenalkan ahli jawatankuasa baru tahun 2016
3) Pembentangan takwim PSS untuk tahun 2016
4) Perbincangan pelancaran NILAM